ASSALAMUALAIKUM

DISEDIAKAN OLEH :
MOHAMMAD REDZUAN BIN MOHD JAMRIS
2010278742
ACD1Ca
DIPLOMA PERAKAUNAN (AC110)

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN



TAJUK: MASJID JAMEK SEBERANG JAYA





PRAKATA


 Dengar sahaja masjid sudah tentu akan terlintas di kotak minda kita sebagai tempat menunaikan solat fardhu berjemaah. Bagi anak-anak remaja sekarang, mereka hanya mengenal fungsi masjid apabila tiba hari Jumaat iaitu untuk menunaikan solat Jumaat, dan apabila ingin menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha sahaja. Begitulah fenomena yang berlaku sekarang apabila minat untuk mendekati masjid tiada lagi dalam diri remaja sekarang dan tidak menghayati fungsi sebenar masjid.


Sekarang, sukar untuk kita melihat saf masjid dipenuhi apabila waktu menunaikan solat fardhu berjemaah.Yang ada pun beberapa orang sahaja yang majoritinya terdiri daripada golongan yang berusia sahaja. Sememangnya sukar untuk melihat anak-anak muda di masjid melainkan ketika solat jumaat. Lebih menyedihkan lagi apabila ada yang tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid malah tidak mengenali siapa imam, siapa bilal dan jawatankuasa dalam qaryahnya. Apabila ada hal yang berkaitan diri sendiri, barulah terkapai-kapai untuk mencari imam,bilal dan jawatankuasa masjid. Contohnya ketika ingin mengadakan tahlil untuk kenduri kahwin, akad nikah dan apabila berlakunya kematian. Itulah situasi yang sebenar yang berlaku kini.

Saya ingin berterima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz Harjin kerana telah mengemukakan tugasan yang memerlukan saya untuk membuat kajian terhadap kegiatan masjid di qaryah saya. Hal ini telah membuka peluang kepada saya untuk mengenali lebih lanjut mengenai masjid dan mengeratkan hubungan saya dengan jawatankuasa masjid di qaryah saya. Saya memilih tajuk tugasan ini kerana ia sangat releven bagi golongan muda masa kini yang sukar mendekatkan diri dengan masjid.


Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Begitulah yang berlaku kepada anak-anak muda sekarang yang tidak mengenali masjid dengan lebih mendalam. Masjid bukanlah sekadar rumah Allah S.W.T yang kita menunaikan solat, malah turut menjadi tempat penyebaran ilmu pengetahuan, tempat umat Islam berkumpul dan pelbagai lagi fungsi yang dipraktikkan oleh umat Islam sejak zaman Rasulullah dan para sahabat lagi. Apabila anak-anak muda menyedari fungsi sebenar masjid, sudah tentu akan lebih ramai akan membuka hati untuk mendekatkan diri dengan masjid.
                                                             
 PENGENALAN




Masjid Jamek Seberang Jaya adalah masjid yang telah saya pilih untuk saya kaji kerana saya merupakan anak Qaryah bagi masjid ini.

Menyingkap kembali sejarah pembinaan masjid ini, struktur masjid ini terbahagi kepada 2 blok bangunan. Bangunan utamanya berukuran 140kaki x 140kaki yang mampu menampung seramai 3000 orang jemaah pada satu masa. Manakala bangunan kedua mempunyai dua tingkat berukuran 80kaki x 130kaki yang mengandungi pejabat, bilik mesyuarat, dewan seminar, bilik bacaan, bilik wuduk, kafeteria dan juga tandas.
Terdapat juga beberapa rumah teres dibina dalam kawasan masjid untuk kediaman imam dan bilal serta dua buah rumah teres lagi dibina untuk disewa yang dikenali sebagai rumah tetamu.Masjid ini mempunyai sebuah menara yang berukuran hampir 40 kaki yang menempatkan sistem PA. Pada sekitar awal tahun 1993 proses pembinaan masjid ini siap sepenuhnya dan telah mendapat kebenaran untuk menjalankan urusan pentadbiran qaryahnya daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang melaluo surat bil.JAPP/B/02/22.00 pada 20 Januari 1993.

Pada 24 Januari 1993, anak qaryah Seberang Jaya telah mengadakan gotong-royong pertama untuk membasuh dan membersihkan masjid sebelum digunakan. Pada 19 Februari 1993, Masjid Jamek Seberang Jaya ini secara rasminya digunakan sepenuhnya dan solat jumaat pertama di masjid ini dijalankan oleh Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang iaitu Y.B Tuan Haju Yusoff Latif.
Kini sudah hampir genap 7 tahun Masjid Jamek Seberang Jaya beroperasi sejak penubuhannya dan banyak memainkan peranan keagamaan dan sosial bagi qaryah yang tinggal di taman yang berhampiran iatu Taman Tenggiri,Taman Tuna,Taman Siakap dan Taman Lampam.                                                                    





AHLI JAWATANKUASA QARYAH MASJID JAMEK SEBERANG JAYA 2010


PENGERUSI                         : Hj Md Salleh Bin Md Gaus
TIMBALAN PENGERUSI     : Hj Mohd Noor Bin Hj Ramli
SETIAUSAHA                       : Hj Mat Sainusi Bin Mohd Drus
BENDAHARI                         : Hamidi Bin Modh Din
AHLI JAWATANKUASA     : Mohd Yazid Bin Mohd Thani
                                               : Hj Ibrahim Bin Hj Said
                                               : Hj Shaik Ismail Bin Mohd Noor
                                               : Hj Md Noor Bin Salleh
                                               :Hj Ahmad Fauzi Bin Hj Abdul Wahab
                                               :Hj Abdul Rahim Bin Mat Said
                                               :Hj Abd Razak Bin Mohd Zain
                                               :Hj Abdul Hassan Bin Abdul Hamid
                                               :Hjh Rokiah Akhbari Binti Ismail Khan
                                               :Hjh Abidah Binti Abd Wahab
                                               :Hj Abdullah Bin Hj Husin
PEMERIKSA KIRA-KIRA    : Ishak Bin Mat
                                               : Sirajudin b Mustapa





PEGAWAI DAN KAKITANGAN MASJID JAMEK SEBERANG JAYA 2010


IMAM                                                 : Hj Abu Hassan Bin Abd Rahman

                                                           : Hj Abd Hadi Bin Hj Abdullah

                                                           : Ustaz Muhammad Ikramuddin

BILAL                                                 :Hj Othman Bin Mohamad

                                                           :Mohd Bakhir Bin Mohd Zain

                                                           :Hj Bahari Bin Hassan

SIAK                                                  : Hj Wariss Bin Ariffin

PEMBANTU TADBIR                          :Mohamad Asyadie Bin Zainal Abidin

PENGAWAL KESELAMATAN         :Mohd Hashim Bin Hamzah

PEMBANTU PERKHIDMATAN       :Hj Shahrudin B. Yaacob

                                                              :Rahman Bin Samijo

                                                             :Sabdin Bin Awang

                                                             :Ahmad Bin Drani



AKTIVITI MASJID JAMEK SEBERANG JAYA

Masjid Jamek Seberang Jaya bukan sahaja berfungsi sebagai tempat menunaikan solat malah pihak pengurusan masjid turut mengadakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada anak-anak qaryahnya. Antara aktiviti yang diadakan oleh masjid ini ialah Kursus Haji dan Umrah yang diadakan pada setiap hari Ahad pada jam 9 pagi. Kursus ini diadakan khusus untuk bakal-bakal jemaah yang akan menunaikan haji dan umrah terutamanya pada musim haji.

Selain itu, selepas setiap solat fardhu, terdapat pelbagai slot-slot keagamaan yang diselitkan bagi pengisian untuk kerohanian anak-anak qaryah. Antaranya ialah ceramah agama, bacaan kitab tafsir, kelas tajwid dan bacaan yasin diadakan pada setiap malam Jumaat. Aktiviti ini telah mampu menarik minat anak-anak qaryah untuk menunaikan solat berjemaah di masjid ini.

Di samping itu, masjid ini turut mengadakan kutipan derma untuk anak-anak yatim, kutipan zakat , dan kutipan khairat masjid. Hasil kutipan ini mampu membantu golongan yang tidak berkemampuan dan membantu dalam pembangunan masjid. Masjid juga menerima dananya melalui derma individu, kutipan khairat masjid, derma dari agensi kerajaan dan swasta dan derma dari qaryah-qaryah masjid. Pihak masjid turut menjalankan kutipan derma bagi membantu mangsa-mangsa peperangan seperti di Palestin.

Bukan sekadar aktiviti keagamaan sahaja, masjid ini turut mengadakan aktiviti sosial untuk anak qaryahnya. Antaranya adalah aktiviti gotong-royong yang diadakan pada setiap tahun yang bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara anak-anak qaryah dalam kawasan Seberang Jaya. Aktivti ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada qaryah.

Pihak masjid turut menitik beratkan soal akademik anak-anak qaryahnya. Oleh itu, pada setiap tahun lebih-lebih lagi apabila musim peperiksaan UPSR, PMR dan SPM hampir, pihak masjid akan menganjurkan kursus akademik dan juga motivasi kepada anak-anak qaryah dengan kerjasama daripada pihak luar yang diadakan di Dewan Seminar yang terdapat dalam masjid. Usaha ini telah membantu secara tidak langsung dalam peningkatan akademik anak-anak qaryah di samping menitik beratkan akidah dan agama dalam diri anak-anak qaryah.

Bagi menghargai kejayaan anak-anak qaryah dalam bidang akademik, pihak jawatankuasa masjid turut mengadakan satu majlis khas iatu majlis anugerah kecemerlangan bagi anak-anak qaryah Masjid Jamek Seberang Jaya yang  diadakan pada setiap tahun. Anak-anak qaryah yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM dan STPM akan dikenal pasti oleh pihak masjid dan mereka akan diberikan saguhati berbentuk wang tunai dan ADUN Seberang Jaya, YB Datuk Arif Shah merupakan insan yang dijemput bagi memeriahkan lagi majlis ini. Penyampaian saguhati ini menunjukkan betapa bangganya pihak masjid terhadap anak qaryah yang berjaya dan bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat agar anak-anak qaryah akan terus berjaya pada masa akan datang.


Pada setiap hari Jumaat sebelum solat Jumaat, pihak masjid turut menyediakan tapak khas kepada peniaga-peniaga yang ingin berniaga pada masa tersebut. Antara gerai yang ada adalah gerai makanan dan minuman, ubat-ubatan, gerai menjual sejadah dan songkok, kaset dan cd keagamaan dan lain-lain. Tapak jualan ini diadakan khas untuk jemaah-jemaah yang datang awal ke masjid supaya dapat menjamu selera sebelum mereka menyambung semula kerja. Suasana harmoni dapat dilihat apabila anda pergi untuk menunaikan solat Jumaat di masjid ini.


KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI MASJID JAMEK SEBERANG JAYA




Antara kemudahan asas yang terdapat dalam Masjid Jamek Seberang Jaya ialah tandas yang bersih dan selesa, tempat berwuduk, parkir kereta dan motosikal, rak kasut dan sistem PA. Bermula pada tahun 2010, masjid ini turut menambahbaik dalam dewan solat dengan memasang penghawa dingin bagi memberikan keselesaan kepada jemaah-jemaah yang menunaikan solat.

Selain itu pihak masjid turut menyediakan kemudahan sewaan rumah tetamu kepada orang ramai. Terdapat dua buah rumah teres ini yang boleh diewa dan berikut adalah butiran-butirannya :-

Rumah Tetamu Kuartes No.2 dan No.3

Kemudahan    : 2 Bilik Tidur
                        :Katil Famili dan Katil 2 tingkat
                        : Dapur termasuk gas
                        : Ruang tamu
                        : Meja makan untuk 6 orang
                        : Kemudahan memasak
                        : Peti sejuk
                        : Kipas siling
                        :Televisyen

Kadar Sewa    : RM100.00 sehari semalam (2.00petang – 12.00tengah hari)

Di samping itu, masjid ini juga mempunyai dua buah dewan seminar, bilik kuliah/perpustakaan dan bilik mesyuarat yang disediakan untuk disewa. Berikut adalah butiran-butiran mengenainya:-

Dewan Seminar 1

Kemudahan    : Kerusi bermeja untuk 120 orang sahaja
                        : Rostrum
                        : 3 unit penghawa dingin
                        : Pentas
                        : Papan Putih
                        : Alat siaraya termasuk 1 Floor Microphone.

Kadar Sewa    : 8.00pagi – 1.00tengahari     Sesi Pagi        (RM 100)
                        : 2.00ptg   –  7.00 ptg             Sesi Petang    (RM 100)
                        : 8.00mlm – 12.00mlm           Sesi Malam    (RM 80)

Dewan Seminar 2

Kemudahan    : Kerusi bermeja untuk 50 orang
                        : 2 unit penghawa dingin
                        : Papan putih
                        : Alat siaraya

Kadar Sewa    : 8.00pagi – 1.00tengahari     Sesi Pagi        (RM 80)
                        : 2.00ptg   –  7.00 ptg             Sesi Petang    (RM 80)
                        : 8.00mlm – 12.00mlm           Sesi Malam    (RM 50)


Bilik Kuliah / Perpustakaan

Kemudahan    : Kerusi dan Meja untuk 15 orang sahaja
                        : 1 unit penghawa dingin
                        : Kipas siling
                        : Papan putih

Kadar Sewa    : 8.00pagi – 1.00tengahari     Sesi Pagi        (RM 30)
                        : 2.00ptg   –  7.00 ptg             Sesi Petang    (RM 30)
                        : 8.00mlm – 12.00mlm           Sesi Malam    (RM 20)

Bilik Mesyuarat

Kemudahan    : Meja Bundar muat 25 orang sahaja
                        : 2 unit penghawa dingin
                        : Kipas siling
                        : Papan putih

Kadar Sewa    : 8.00pagi – 1.00tengahari     Sesi Pagi        (RM 50)
                        : 2.00ptg   –  7.00 ptg             Sesi Petang    (RM 50)
                        : 8.00mlm – 12.00mlm           Sesi Malam    (RM 30)

Kemudahan-Kemudahan Lain Atas Permintaan

                      i.        Over head projector              RM 20/sesi
                     ii.        Televisyen                             RM 10/sesi
                    iii.        LCD set                                 RM 30/sesi
                   iv.        Pembesar suara tambahan   RM 5  /sesi


Peraturan

*PENYEWA DEWAN DILARANG MENJUAL BARANGAN/PAMERAN/ MEMBUKA  KAUNTER DI LUAR DEWAN KECUALI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA PIHAK PENTADBIRAN MASJID JAMEK SEBERANG JAYA.

*TIDAK DIBENARKAN MAKAN DAN MINUM DI DALAM DEWAN.

*SEBARANG AKTIVITI HARUSLAH DIBERHENTIKAN KETIKA WAKTU SOLAT DAN DIKEHENDAKI MENUNAIKAN SOLAT APABILA WAKTUNYA.




MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MASJID JAMEK SEBERANG JAYA


Setiap masjid di dunia ada masalahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan Masjid Jamek Seberang Jaya. Antara masalah yang dihadapi adalah masalah kecurian kasut dan tabung masjid. Masalah ni bukanlah sering kali berlaku, hanya beberapa kali sahaja berlaku. Tindakan pantas pihak masjid dengan mengetatkan lagi kawalan keselamatan masjid dan menyediakan tabung yang lebih kukuh telah berjaya mengurangkan berlakunya masalah ini.

Masalah kedua adalah kawasan perkuburan yang terletak tidak jauh daripada masjid pernah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mencuri batu nisan dan barang berharga kerana pagar yang disekelilingnya tidak efektif. Oleh itu, pihak pentadbiran masjid telah memohon sumbangan daripada pihak yang berkaitan melalui wakil rakyat bagi menambahbaik pagar di kawasan tanah perkuburan bagi mengatasi masalh ini dan juga bagi mengelakkan daripada kemungkinan binatang liar seperti biawak masuk ke tanah perkuburan dan membuat kerosakan ke atas kubur.

Selain itu, pertambahan kawasan perumahan di sekitar masjid ini seperti, Taman Sutera, Taman Sutera Prima, beberapa buah pangsapuri dan kawasan perumahan di Taman tun Hussein telah menyebabkan bilangan jemaah semakin bertambah dari masa ke masa. Walaupun Masjid Jamek Seberang Jaya masih lagi mampu menampung bilangan jemaah yang ramai pada hari solat Jumaat, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban, kelihatan sebilangan jemaah terpaksa solat di kawasan kaki lima masjid. Daripada pemerhatian pihak pentadbiran masjid, berkemungkinan masjid ini tidak mampu menampung bilangan jemaah yang semakin bertambag dalam masa 3 hingga 5 tahun akan datang. Oleh itu, pihak pentadbiran masjid telah membuat perancangan bagi menjadikan masjid ini kepada 2 tingkat agar kadar bilangan jemaah yang mampu ditampung dapat ditingkatkan dan juga memberikan keselesaan kepada jemaah. Setakat ini kertas kerja telah dibuat oleh pihak pentadbiran masjid, namun masih dalam proses pengesahan. Peruntukkan yang besar diperlukan untuk menjayakan projek ini. Pihak masjid turut mengadakan kutipan khairat masjid, memohon sumbangan daripada kerajaan negeri dan memohon bantuan daripada ADUN Seberang Jaya agar projek ini dapat dimulakan secepat mungkin.


KOMEN

Saya Mohammad Redzuan Bin Mohd Jamris, secara keseluruhannya saya amat berbangga dan berpuas hati dengan pentdabiran Masjid Jamek Seberang Jaya ini. Banyak manfaat yang saya peroleh sepanjang menjadi anak qaryah di masjid ini. Masjid ini pada pandangan saya merupakan sebuah masjid yang indah kerana di kawasannya terdapat tumbuhan hijau yang ditanam di sekelilingnya yang memberikan ketenangan kepada saya apabila berada di sana.

Saya berharap agar anak-anak qaryah dapat turut serta menunaikan solat fardhu 5 waktu di masjid ini kerana Rasulullah pernah bersabda :-

 “ Sembahyang berjamaah itu melebihi sembahyang bersendiri dengan 27 darjat”

Ini menunjukkan betapa pentingnya solat berjemaah bagi seseorang muslim. Bukan itu sahaja, anak-anak qaryah juga haruslah memberi kerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh masjid ini dan kedatangan diharap akan bertambah dari masa ke masa walaupun ini bukanlah suatu paksaan.

Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak pentadbiran masjid yang menghargai kecemerlangan anak-anak qaryahnya dalam bidang akademik yang merupakan fardhu kifayah bagi seseorang muslim. Segala penambahbaikkan yang telah dilakukan oleh pihak masjid telah banyak memberikan keselesaan kepada jemaah yang menunaikan solat di sini.Saya dapat lihat Masjid Jamek Seberang Jaya bukan sahaja bersifat sebagai tempat menunaikan solat dan beribadat semata-mata, malah masjid ini juga berfungsi sebagai pusat perkembangan akademik, sosial dan akhlak bagi anak-anak qaryahnya. Segala aktiviti yang diadakan adalah seimbang untuk perkembangan seseorang insan muslim.

Dalam dunia yang semakin mencabar bagi umat Islam sekarang di mana akhlak remaja-remaja muslim yang sangat membimbangkan sekarang, masjidlah yang merupakan komponen penting dalam membantu dalam pembentukan akhlak remaja sekarang dan bukan sekadar di bahu ibu bapa sahaja. Oleh itu, ternyatalah masjid juga memainkan peranan dalam perkembangan akhlak remaja sekarang.



CADANGAN


Saya ingin mengemukan beberapa cadangan kepada pihak pentadbiran Masjid Jamek Seberang Jaya iaitu pertama sekali saya ingin mencadangkan agar pihak masjid dapat mengadakan kelas bacaan al-quran dan taranum pada hujung minggu khas untuk anak-anak qaryah. Dengan adanya kelas seperti ini dapat memperbaiki bacaan ayat suci al-Quran dan dapat memberi peluang kepada anak-anak qaryah menghayati seni bacaan al-quran iaitu taranum dan dapat mendekatkan diri dengan al-Quran.

Selain itu, saya juga bercadang agar pihak masjid dapat mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul di sekitar Seberang Jaya agar dapat mengukuhkan lagi ikatan ukuwah dalam kalangan qaryah. Demonstrasi secara aman menentang kekejaman Zionis juga boleh dilakukan di samping mengadakan solat hajat bagi memohon bantuan daripada Allah S.W.T.

Di samping itu, saya ingin mencadangkan pihak masjid dapat mewujudkan satu pasukan untuk meronda di kawasan Taman Tunku yang bersebelahan dengan masjid bagi mengelakkan berlakunya gejala maksiat di situ. Walaupun ianya merupakan tempat awam, namun kedudukannya betul-betul di sebelah masjid, jadi lebih baiklah kegiatan berdua-duaan bagi yang bukan muhrim dapat dicegah bagi menjaga imej Masjid Jamek Seberang Jaya. Hal ini adalah bertujuan bagi menjalankan tanggungjawab kita sebagai muslim iaitu amal makruf na’hin mungkar.



PENUTUP

Sebagai konklusi, melalu kajian ini, saya dapat mengenali masjid di qaryah saya iaitu Masjid Jamek Seberang Jaya dengan lebih mendalam dan membantu saya mengenali jawatankuasa masjid ini. Saya juda sedikit sebanyak dapat mengetahui sejarah pembangunan masjid ini, kemudahan yang disediakan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa masjid. 

Surah At-taubah ayat 18  ini menerangkan betapa pentingnya untuk seseorang muslim itu mendekatkan diri dengan masjid;

 "hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut(kepada sesiapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang mendapat petunjuk"

Begitu juga maksud yang terkandung dalam surah An-Nur ayat 36;

"Bertasbih[1041] kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang"

  Saya juga ingin melahirkan rasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memberi saya peluang bagi melengkapkan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustaz Abdul Aziz B Harjin, Pensyarah CTU 101 saya kerana telah mengemukakan tugasan ini yang telah membantu saya lebih mengenali masjid itu. Begitu juga kepada jawatankuasa Masjid Jamek Seberang Jaya yang memberikan kerjasama kepada saya bagi menjalankan kajian di masjid ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan ibu bapa saya yang turut membantu bagi menjayakan tugasan ini.

 Akhir kata, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan atau kesalahan dalam penulisan      saya ini. Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan yang buruk datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

3 comments:

  1. As salam...boleh sy dapat no tel utk memudahkan urusan sea bilik kuliah or seminar

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...ustaz saya nak tanya untuk kursus umrah dah start ke.mula hari apa dan jam berapa yer

    ReplyDelete
  3. Harrah's Las Vegas - KTVU
    Harrah's Las Vegas - KTVU has partnered 춘천 출장샵 with 순천 출장마사지 the Gila River Indian Community to bring 영주 출장샵 the power of gaming 서산 출장샵 and 영주 출장마사지 entertainment to Harrah's

    ReplyDelete